SISTEM PERMOHONAN LESEN PERKAPALAN DALAM NEGERI (eDSL)
eDSL merupakan satu sistem atas talian (online) untuk membuat permohonan bagi Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSL).
Permohonan DSL boleh dibuat oleh syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan juga orang perseorangan yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia.
Untuk mendapatkan akses kepada sistem ini pemohon hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan Urus Setia Lembaga Pelesenan Perkapalan Dalam Negeri, Kementerian Pengangkutan untuk mewujudkan akaun online. Syarikat yang memohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
1. Undang-Undang Tubuh Syarikat (Memorandum and Ariticle of Association)
2. Borang 24 di bawah Akta Syarikat 1965, yang telah disahkan
3. Borang 49 di bawah Akta Syarikat 1965, yang telah disahkan
Orang perseorangan yang ingin membuat permohonan perlu mengemukakan salinan kad pengenalan pemohon kepada pihak urus setia.
Dokumen-dokumen di atas boleh difakskan kepada nombor faks urus setia: 03-8889 4973 atau email: adam@mot.gov.my / sukhairy@mot.gov.my ataupun dihantar kepada alamat berikut:
Urus Setia
Lembaga Pelesenan Perkapalan Dalam Negeri
Bahagian Maritim,
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Aras 6, Blok D5, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62616 PUTRAJAYA
|
Pemohon yang telah mengemukakan dokumen-dokumen berkenaan dan memenuhi syarat-syarat yang disebutkan di atas akan dihubungi oleh pihak urus setia untuk pemberian kata nama dan kata laluan untuk mengakses eDSL.
|