WARNING: INCOMPATIBLE BROWSER DETECTED.
YOU MAY EXPERIENCE SOME FUNCTION WILL NOT WORK.
PLEASE USE MICROSOFT INTERNET EXPLORER 6.0 OR LATER.

PengenalanMaklumat PermohonanHubungi Kami

SISTEM PERMOHONAN LESEN PERKAPALAN DALAM NEGERI (eDSL)

eDSL merupakan satu sistem atas talian (online) untuk membuat permohonan bagi Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSL).

Permohonan DSL boleh dibuat oleh syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan juga orang perseorangan yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia.

Untuk mendapatkan akses kepada sistem ini pemohon hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan Urus Setia Lembaga Pelesenan Perkapalan Dalam Negeri, Kementerian Pengangkutan untuk mewujudkan akaun online. Syarikat yang memohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

1. Undang-Undang Tubuh Syarikat (Memorandum and Ariticle of Association)
2. Borang 24 di bawah Akta Syarikat 1965, yang telah disahkan
3. Borang 49 di bawah Akta Syarikat 1965, yang telah disahkan

Orang perseorangan yang ingin membuat permohonan perlu mengemukakan salinan kad pengenalan pemohon kepada pihak urus setia.

Dokumen-dokumen di atas boleh difakskan kepada nombor faks urus setia: 03-8888 0221 atau email: norrasyidah@mot.gov.my / hawa@mot.gov.my / sulfila@mot.gov.my ataupun dihantar kepada alamat berikut:

Urus Setia
Lembaga Pelesenan Perkapalan Dalam Negeri
Bahagian Maritim,
Kementerian Pengangkutan Malaysia,
Aras 8, No. 26, Jln. Tun Hussein Presint 4,
62100 PUTRAJAYA

Pemohon yang telah mengemukakan dokumen-dokumen berkenaan dan memenuhi syarat-syarat yang disebutkan di atas akan dihubungi oleh pihak urus setia untuk pemberian kata nama dan kata laluan untuk mengakses eDSL.

Garis Panduan bagi Pengecualian Dasar Kabotaj bagi negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan LPPDN Bahagian Maritim Kementerian Pengangkutan

USERNAME
PASSWORD

Tiada akaun?
:: Daftar di sini ::

PERKHIDMATAN PENGHANTARAN LESEN
DIMAKLUMKAN BAHAWA SEMUA SYARIKAT YANG BERDAFTAR DI DALAM SISTEM EDSL YANG BERALAMAT DI KAWASAN LEMBAH KLANG, SYARIKAT WAJIB MENGAMBIL LESEN DSL DI KAUNTER UNIT PELESENAN PERKAPALAN DALAM NEGERI ARAS 8 BAHAGIAN MARITIM MOT. BAGI SYARIKAT LUAR KAWASAN LEMBAH KLANG DSL AKAN DIPOSKAN.


NOTIS PENUTUPAN E-PAYMENT SISTEM EDSL
Selaras dengan Arahan Penutupan Akaun pada Sesi Taklimat Penutupan Akaun Kementerian Pengangkutan, server epayment (FPX dan Credit Card) Sistem e-DSL akan ditutup bermula 24 Disember 2017 (Ahad) jam 11 malam sehingga 1 Januari 2018 jam 8 pagi.
Kerjasama tuan /puan adalah dipohon untuk membuat pembayaran bagi permohonan yang telah berjaya selewat-lewatnya pada 24 Disember 2017 bagi mengelakkan pembayaran tidak berjaya.



TEMPOH PERMOHONAN DSL
SEMUA PERMOHONAN KAPAL MALAYSIA BOLEH DIBUAT DUA(2) BULAN SEBELUM DSL TERKINI TAMAT TEMPOH MANAKALA BAGI KAPAL ASING ADALAH DUA(2) MINGGU SEBELUM DSL TERKINI TAMAT TEMPOH



 Borang Permohonan Lesen
WARNING: INCOMPATIBLE BROWSER DETECTED.
YOU MAY EXPERIENCE SOME FUNCTION WILL NOT WORK.
PLEASE USE MICROSOFT INTERNET EXPLORER 6.0 OR LATER.