Apa itu FPX ?
FPX merupakan satu kaedah pembayaran 'online' terkini di Malaysia yang diuruskan oleh Malaysian Electronik Payment System Sdn Bhd (MEPS). Ia merupakan satu platform transaksi kewangan secara ONLINE yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran melalui internet ('multi-bank internet payment').
FPX diumpamakan seperti gerbang pembayaran internet ('Internet Payment Gateway') yang membolehkan pembayar menggunakan satu platform yang sama bagi pembayaran secara online bagi bank-bank yang berbeza.

Apakah jenis Bank yang telah menyertai FPX ini ?
Pada masa ini terdapat sebanyak 5 buah bank-bank utama di Malaysia yang menyertai perlaksanaan FPX ini iaitu Bumiputra-Commerce Bank Bhd (CIMB Bank), Malayan Banking Bhd, Public Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Bhd, dan Hong Leong Bank Bhd.

Adakah Kementerian Pengangkutan Malaysia mewujudkan FPX?
Ya,Kementerian Pengangkutan Malaysia baru sahaja mewujudkan Sistem Online FPX bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran Cukai Taksiran sahaja.

Adakah ianya selamat?
Ya, proses perjalanan komunikasi (communication flow) antara pengguna-fpx-bank akan dihantar pada sesi 128 Bit SSL. Ini bermakna, keseluruhan maklumat pembayaran sesebuah transaksi akan di'encrypted' terlebih dahulu. Oleh itu semua maklumat yang dihantar adalah selamat seperti membuat pembayaran di website bank tersebut. Pengguna juga perlu disahkan di platform 'internet banking' untuk semua maklumat transaksi yang dilakukan.


« Kembali