Laman UtamaPengenalanMaklumat PermohonanHubungi Kami

MAKLUMAT PERMOHONAN


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Permohonan DSL boleh dibuat oleh syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan juga orang perseorangan yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia (bagi individu pemilik kapal Malaysia sahaja)

Syarikat pemohon perlu mempunyai sekurang-kurangnya 51% pegangan saham dan pengarahan warganegara Malaysia.


Dokumen yang diperlukan:

a) Undang-Undang Tubuh Syarikat (Memorandum and Article of Association)
b) Borang 24 di bawah Akta Syarikat 1965, yang telah disahkan
c) Borang 49 di bawah Akta Syarikat 1965, yang telah disahkan

Individu: salinan kad pengenalan.


CARA-CARA MEMOHON

1)  eDSL (Sistem Permohonan Lesen Perkapalan Dalam Negeri)
Pemohon yang telah berdaftar dengan Urus Setia akan diberikan akses kepada eDSL. Sistem ini tidak dikenakan sebarang bayaran. Kemudahan-kemudahan sistem ini adalah seperti berikut:

a)  Membuat permohonan
b) Semak status permohonan
c) Membuat bayaran DSL (e-payment)

2)  Borang

Borang boleh didapati di Kementerian secara percuma atau dimuat turun di sini. Borang yang telah lengkap dikemukakan secara serahan tangan/pos kepada Urus Setia.

Berikut adalah proses permohonan Lesen Perkapalan Dalam Negeri:
a) Daftar Syarikat/Pemohon
b) Membuat permohonan
c) Diproses oleh Urus Setia
d) Kelulusan
e) Pembayaran fee lesen
f) Pengeluaran lesen


DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN BERSAMA-SAMA PERMOHONAN


Kapal Daftaran Malaysia
a) Sijil Pendaftaran Kapal
b) Senarai anak-anak kapal yang telah disahkan oleh Jabatan Laut
c) Passenger Certificate (untuk passenger vessel sahaja)

Kapal Daftaran Asing
a) Sijil Pendaftaran Kapal
b) Salinan dokumen kontrak, salinan perjanjian sewaan/hak milik dan juga surat lantikan
c) Salinan permohonan kepada MASA untuk mendapatkan kapal Malaysia
d) Salinan surat dari MASA yang mengesahkan ketiadaan kapal Malaysia.
e) International Tonnage Certificate
f) Permit atau kelulusan berkaitan

Keperluan Untuk Permohonan Bagi Kapal Asing Dari Jenis Tanker

Oil Tanker
  • International Oil Pollution Prevention Certificate (IOPP)
  • Form B (Record of Construction and Equipment) of IOPP
Chemical Tanker Dan Tanker Mengangkut Minyak Kelapa Sawit
  • International Certificate of Fitness (CoF) bersama-sama dengan Attachment I
Gas Tanker
  • IOPP
  • CoF

TEMPOH DAN JENIS LESEN

Kapal Malaysia
a) Tanpa Syarat – 1 @ 2 tahun
b) Bersyarat – 1 tahun @ 6 bulan
c) Sementara (kapal mempunyai pendaftaran Provisional) – maksimum 6 bulan

Kapal Asing
a) Sementara – maksimum 3 bulan, mengikut kontrak kerja



JENIS DAN KRITERIA PEMBERIAN LESEN PERKAPALAN DALAM NEGERI

Jenis Lesen Syarat/Kriteria
Tanpa Syarat (tempoh lesen selama 2 tahun)
Dikeluarkan kepada kapal Malaysia yang memenuhi kesemua syarat-syarat berikut:
1. Penyertaan Bumiputra;
  a) Pengarahan –minimum 30%
    Ekuiti – minimum 30%
  a) Pengambilan kakitangan pejabat – minimum 30%
2. Pengambilan ‘rating’ warganegara Malaysia – minimum 75% ; dan
3. Usia kapal kurang dari 10 tahun.

Tanpa Syarat (tempoh lesen selama 1 tahun)
Dikeluarkan kepada kapal Malaysia yang memenuhi kesemua syarat-syarat berikut:
1. Penyertaan Bumiputra;
  a) Pengarahan –minimum 30%
    Ekuiti – minimum 30%
  a) Pengambilan kakitangan pejabat – minimum 30%
2. Pengambilan ‘rating’ warganegara Malaysia – minimum 75% ; dan
3. Usia kapal melebihi 10 tahun dan kurang dari 19 tahun.

Bersyarat (tempoh lesen selama 1 tahun)
1. Dikeluarkan kepada kapal Malaysia yang tidak memenuhi mana-mana satu syarat yang ditetapkan pada kriteria lesen Tanpa Syarat; atau
2. Kapal yang memenuhi semua kriteria lesen Tanpa Syarat tetapi usia kapal melebihi 20 tahun.

Bersyarat (tempoh lesen selama 6 bulan)
Dikeluarkan kepada kapal Malaysia yang tidak memenuhi syarat minimum rating iaitu minimum seorang rating warganegara Malaysia bekerja di atas kapal.

Sementara
(Kapal berpendaftaran Provisional Malaysia - tempoh lesen adalah sehingga tarikh tamat Sijil Pendaftaran Sementara)
Dikeluarkan kepada kapal Malaysia yang mempunyai Sijil Pendaftaran Sementara (Provisional)

Sementara
(Kapal asing – tempoh lesen adalah maksimum sehingga 3 bulan sahaja)
Dikeluarkan kepada kapal asing yang mempunyai kerja yang khusus di perairan Malaysia yang mana telah disahkan oleh Persatuan Pemilik-Pemilik Kapal Malaysia bahawa tiada kapal Malaysia yang sesuai dan boleh menjalankan kerja tersebut.



FEE LESEN PERKAPALAN DALAM NEGERI

Kapal Daftaran Malaysia
RM50 setahun atau sebahagian daripadanya untuk kapal-kapal yang berberat 15 Nett Registered Tonnage (NRT) sehingga 50 NRT dan RM0.10 bagi setiap tambahan tan selepas 50 NRT.

Kapal Daftaran Asing

RM200 untuk kapal-kapal yang berberat 15 Nett Registered Tonnage (NRT) sehingga 50 NRT dan RM0.40 bagi setiap tambahan tan selepas 50 NRT.



TEMPOH MEMPROSES LESEN
Memproses dan meluluskan Lesen Perkapalan Dalam Negeri dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima sebelum jam 3.00 petang hari bekerja.
(Permohonan yang diterima dan diproses selepas jam 3.00 petang akan dikira sebagai permohonan keesokan hari).


RETURN TO TOP
USERNAME
PASSWORD

Tiada akaun?
:: Daftar di sini ::

PERKHIDMATAN PENGHANTARAN LESEN
DIMAKLUMKAN BAHAWA SEMUA SYARIKAT YANG BERDAFTAR DI DALAM SISTEM EDSL YANG BERALAMAT DI KAWASAN LEMBAH KLANG, SYARIKAT WAJIB MENGAMBIL LESEN DSL DI KAUNTER UNIT PELESENAN PERKAPALAN DALAM NEGERI ARAS 8 BAHAGIAN MARITIM MOT. BAGI SYARIKAT LUAR KAWASAN LEMBAH KLANG DSL AKAN DIPOSKAN.


TEMPOH PERMOHONAN DSL
SEMUA PERMOHONAN KAPAL MALAYSIA BOLEH DIBUAT DUA(2) BULAN SEBELUM DSL TERKINI TAMAT TEMPOH MANAKALA BAGI KAPAL ASING ADALAH DUA(2) MINGGU SEBELUM DSL TERKINI TAMAT TEMPOH



 Borang Permohonan Lesen