Laman UtamaPengenalanMaklumat PermohonanHubungi Kami
PENGENALAN


PERKAPALAN DOMESTIK
Takrif mengikut Seksyen 65A Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO):

"Domestic shipping" means the use of a ship
a) to provide services, other than fishing, in the Federation waters or the exclusive economic zone; or
b) for the shipment of goods or the carriage of passengers
c) from any port or place in Malaysia to another port or place in Malaysia; or
d) from any port or place in Malaysia to any place in the exclusive economic zone



DASAR KABOTAJ

Mengikut seksyen 65KA MSO, perkapalan domestik dihadkan kepada kapal Malaysia sahaja. Namun begitu, kapal asing dibenarkan terlibat di dalam perkapalan domestik sekiranya terbukti kapal Malaysia tidak dapat memenuhi permintaan sektor-sektor tertentu. Dalam hal ini, pemohon perlu mendapatkan pengesahan ketiadaan kapal Malaysia daripada pihak MASA untuk menggunakan kapal asing.



LESEN PERKAPALAN DALAM NEGERI

Mengikut seksyen 65L MSO semua kapal berberat bersih 15 tan ke atas perlu memiliki Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSL) untuk terlibat di dalam perkapalan domestik.



PENGECUALIAN DARIPADA LESEN PERKAPALAN DALAM NEGERI


Mengikut subseksyen 65L (3), kapal-kapal Malaysia berikut adalah dikecualikan daripada memiliki lesen:
a) kapal yang berberat bersih dibawah 15 tan;
b) kapal yang dilesenkan dibawah seksyen 475 Ordinan Perkapalan Saudagar (lesen bot);
c) kapal yang dilesenkan di bawah MSO Sabah dan Sarawak; dan
d) kapal kepunyaan Kerajaan atau di dalam sewaan Kerajaan atau Kerajaan Negeri atau Lembaga Pelabuhan.
USERNAME
PASSWORD

Tiada akaun?
:: Daftar di sini ::

CAPAIAN PEMBAYARAN MELALUI FPX
Pembayaran melalui melalui FPX tidak dapat di akses buat sementara waktu. Sila buat pembayaran melalui Credit Card, Bankers Cheque atau Bank Draft. Segala kesulitan amatlah dikesali.


KHIDMAT BUNKERING KAPAL MALAYSIA
ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA KHIDMAT BUNKERING BAGI KAPAL MALAYSIA AKAN MENGIKUT KAWASAN YANG TERCATAT DI PDA. PERAIRAN YANG TERCATAT DI DSL AKAN MENGIKUT PDA YANG TELAH DITETAPKAN.



 Borang Permohonan Lesen