Dasar Privasi eDSL MOT
Sistem eDSL baharu merupakan inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) untuk membangunkan sistem atas talian secara menyeluruh "end to end" bagi permohonan Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSL). Sistem baharu ini membenarkan pemohon untuk melaksanakan urusan permohonan, pembayaran serta mencetak lesen dan resit secara atas talian.
Maklumat Peribadi
Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat yang diberikan oleh pengguna digunakan untuk tujuan pemantauan dan penguatkuasaan oleh Kementerian dan juga agensi penguatkuasa seperti Jabatan Laut dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain untuk tujuan lain melainkan dinyatakan secara khusus, atau diperlukan bagi tujuan undang-undang.
Maklumat Yang Dikumpul
Aplikasi ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran aplikasi untuk capaian ke Sistem eDSL.
1. Data peribadi yang dikumpul adalah seperti berikut:
a) Nama
b) Nombor Telefon
c) Alamat
d) Emel
2. Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.
3. Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan Komersial.
Ringkasan Kebenaran
Kami akan meminta kebenaran berikut semasa menggunakan aplikasi eDSL untuk memberi anda pengalaman yang lebih baik
1. Kamera: Membenarkan fungsi scan QR Codes pada lesen kapal untuk tujuan paparan informasi
2. Fail dan Gambar : Membenarkan muat naik dan muat turun fail sokongan bagi permohonan yang dikemukakan di dalam sistem.
Tujuan Pengumpulan Data adalah seperti berikut:
1. Untuk komunikasi secara emel yang memerlukan maklum balas mengenai permohonan yang dikemukakan.
2. Maklumat peribadi anda mungkin dikongsi dengan pihak berkuasa penguatkuasa untuk tindakan susulan bagi penyelesaian untuk sebarang aduan yang anda kemukakan melalui aplikasi ini.
Maklumat Kesan Jika Data Peribadi Tidak Dibenarkan
Sekiranya data peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.
Kerahsiaan
Data peribadi yang dikumpul oleh aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
Keselamatan Data
Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.
Perubahan Kepada Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Untuk pertanyaan lain, sila e-mel kepada edsl@mot.gov.my
Tarikh Kemas Kini: 27 April 2023