USER GUIDE
DOMESTIC SHIPPING LICENSE APPLICATION INFORMATION
- Permohonan DSL hendaklah dibuat kepada Lembaga Pelesenan Perkapalan Dalam Negeri (LPPDN) oleh:-
- Syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dengan sekurang-kurangnya 51% pegangan saham dan komposisi pengarah syarikat itu dipegang oleh warganegara Malaysia atau;
- Orang Perseorangan yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia (bagi individu pemilik kapal Malaysia sahaja).
- Permohonan DSL hendaklah dikemukakan bersama-sama dokumen sokongan yang ditetapkan di perenggan 2.
- Syarikat / Individu
- Salinan Memorandum dan Artikel-Artikel Syarikat (Memorandum and Articles of Association)
- Salinan Borang 24 (Saham Syarikat) (Return of Allotment of Shares)
- Salinan Borang 49 (Butir-butir berkaitan dengan Pengarah, Pengurus & Setiausaha) (Return Giving Particulars in Register of Directors, Managers and Secretaries and Changes of Particulars)
- Salinan MyKad (bagi Kapal Daftaran Malaysia milikan individu)
- Surat Lantikan Agen / Pengurus Kapal (bagi kapal berstatus MISR dan Kapal Daftaran Asing)
- Dokumen Sokongan bagi Kapal Daftaran Malaysia
Feri / Kapal Penumpang |
|
Crew Boat |
|
Tongkang (Barge) |
|
Kapal Tunda |
|
Kargo Am |
|
Supply Vessel / Anchor Handling Tug Supply (AHTS) |
|
Landing Craft |
|
Kapal Tangki |
|
Others (Offshore Structure / Rig / Specialize Vessel) |
|
c. Dokumen Sokongan bagi Kapal Daftaran Asing
Feri / Kapal Penumpang |
|
Crew Boat |
|
Tongkang (Barge) |
|
Kapal Tunda (Tug Boat) |
|
Kargo Am |
|
Supply Vessel / Anchor Handling Tug Supply (AHTS) |
|
Landing Craft |
|
Kapal Tangki |
|
Others (Offshore Structure / Rig / Specialize Vessel) |
|
- d. Tertakluk kepada Peraturan 6 P.U(A) 27/1981, LPPDN boleh memohon apa-apa maklumat atau dokumen tambahan sebagaimana yang didapati perlu oleh LPPDN bagi maksud menentukan kesesuaian pemohon untuk lesen. Sekiranya apa-apa maklumat atau dokumen tambahan tidak dikemukakan, permohonan DSL DSL hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh diteruskan etatpi tanpa menjejaskan suatu permohonan baharu dibuat kepada LPPDN.
- Permohonan boleh dibuat melalui Sistem Pelesenan Perkapalan Dalam Negeri (Sistem eDSL) di laman sesawang https://edsl.mot.gov.my menggunakan Borang yang ditetapkan;
- Semua dokumen sokongan seperti yang dinyatakan di perenggan 4 hendaklah dimuatnaik ke dalam Sistem eDSL.
- Permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya 14 hari bekerja sebelum tarikh projek bermula (laycan date) bagi permohonan baharu atau selewat-lewatnya 14 hari bekerja sebelum tarikh tamat lesen sedia ada bagi permohonan pembaharuan.
- Kapal Daftaran Malaysia
Lesen Tanpa Syarat | 2 Tahun |
|
Lesen Tanpa Syarat | 1 Tahun |
|
Lesen Bersyarat | 1 Tahun |
|
Lesen Bersyarat | 6 bulan |
|
Conditional License | 1 year |
|
Lesen Sementara (Provisional) | 6 bulan atau sehingga tarikh luput Sijil Pendaftaran Sementara (mana yang terdahulu) |
|
b. Kapal Daftaran Asing
Lesen Sementara | Mengikut tempoh yang dimohon atau tempoh kontrak kerja tetapi tidak melebihi 3 bulan (mana yang terdahulu) |
|
Kapal Daftaran Malaysia |
|
Kapal Daftaran Asing |
|
- Kapal Daftaran Malaysia
- Keputusan permohonon lesen bagi Kapal Daftaran Malaysia akan dikeluarkan selewat-lewatnya dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
- Kapal Daftaran Asing
- Tanpa Sekatan
- Keputusan permohonan lesen bagi Kapal Daftaran Asing yang tidak menerima sebarang sekatan daripada pemilik-pemilik kapal Malaysia akan dikeluarkan selewat-lewatnya dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
- Dengan Sekatan
- Permohonan lesen bagi Kapal Daftaran Asing yang mendapat sekatan daripada pemilik-pemilik kapal Malaysia perlu melalui proses mediasi terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan boleh diberikan. Keputusan bagi permohonan lesen akan dikeluarkan selewat-lewatnya dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
- Proses kerja bagi permohonan lesen boleh dirujuk melalui halaman Panduan Pengguna Sistem eDSL di laman sesawang https://edsl.mot.gov.my.
- Pembayaran boleh dibuat melalui transaksi atas talian menggunakan kaedah FPX atau kad kredit;
- Pembayaran perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari. Kelulusan DSL akan luput secara automatik sekiranya tiada bayaran diterima dalam tempoh tersebut dan permohonan baru perlu dibuat;
- Transaksi lesen yang telah diluluskan tidak boleh dibatalkan.
- Lesen perlu dicetak dan disimpan atau dipamerkan di atas kapal yang dilesenkan bagi tujuan pemeriksaan;
- Lesen tidak boleh dipindahmilik;
- Lesen boleh dibatalkan jika:
- terdapat perlanggaran terma dan syarat;
- terdapat pemalsuan dokumen/maklumat semasa permohonan;
- kapal tidak berada di lokasi yang dilesenkan;
- kapal tidak melaksanakan projek sebagaimana yang dilesenkan; atau
- tidak mempamerkan lesen yang sah di tempat yang sepatutnya.
- Segala terma dan syarat permohonan lesen boleh dirujuk di halaman Panduan Pengguna Sistem eDSL di laman sesawang https://edsl.mot.gov.my.
- Sebarang perubahan, penambahan atau pembatalan kepada terma dan syarat lesen sedia ada adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa dan keputusan LPPDN dari semasa ke semasa.


Unit Pelesenan Perkapalan Dalam Negeri sentiasa memastikan perkhidmatan yang terbaik diberikan kepada pelanggan berlandaskan kepada perkara-perkara tersebut:
- Memastikan semakan dibuat ke atas permohonan Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSL) yang diterima dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
- Memastikan sebarang permohonan DSL yang tidak lengkap dikembalikan kepada pemohon dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima bagi tujuan pengemaskinian/pindaan permohonan.
- Memastikan pertanyaan berhubung permohonan DSL yang dikembalikan untuk pengemaskinian atau pindaan oleh pemohon dijawab dalam hari yang sama.
- Memastikan proses rundingan dan mediasi ke atas sekatan permohonan DSL bagi Kapal Daftaran Asing diselesaikan selewat-lewatnya dalam tempoh sembilan (9) hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
- Keputusan kelulusan DSL:
- Memastikan keputusan permohonon lesen bagi Kapal Daftaran Malaysia dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
- Memastikan keputusan permohonan lesen bagi Kapal Daftaran Asing yang tidak menerima sebarang sekatan daripada pemilik-pemilik kapal Malaysia dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
- Memastikan keputusan permohonan lesen bagi Kapal Daftaran Asing yang mendapat sekatan dikeluarkan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
- Memastikan maklum balas aduan atau pertanyaan umum berhubung DSL dijawab dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.